Monday 20 January 2014

Create your own account for free & get your USD as much as you can by clicking here..
http://www.theweeklypay.com/index.php?share=344880

Wednesday 27 November 2013

This Is Pantai Timur Tour 2013

Taklimat perniagaan percuma secara besar2an di Pantai Timur dtg lg..peluang mendapatkan kedai serbaneka sndiri dgn modal yg rendah..rebut peluang utk mendapat seat percuma dgn cara menghubungi saya Jai Aziz 014-5057117 segera..
Kota Bharu: 29 Nov 13
Kuala Terengganu: 30 Nov 13
Kuantan: 1 Dec 13
Berilah sedikit ruang utk diri anda utk mendengar taklimat ini kerana ianya percuma & mungkin akan mengubah cara hidup anda di masa dpn..
Thanks!!

Thursday 15 August 2013

Peluang Memiliki Kedai Serbaneka Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Saya ingin berkongsi satu peluang perniagaan yang bagus untuk kita terutama bagi mereka yang ada niat untuk PENCEN AWAL. Bisnes ini juga boleh DIWARISI oleh anak2 kita. Yang paling bestnya, 95% kos DITANGGUNG oleh syarikat. Kita x payah nak pening2 fikir macam2. Setiap bulan cek duit dalam akaun je.. Berminat PM saye laju2:
Jai Aziz 014-5057117 019-6128293 jai020582@gmail.com 


Thursday 4 July 2013

MENCARI2 PELUANG BERBISNES SENDIRI ???

Anda masih MENCARI2 PELUANG BERBISNES SENDIRI ???
Tak tahu bagaimana nk BERMULA & apa JENIS PERNIAGAAN yg sesuai ???
Takut risiko & persaingan yg BESAR ???
Tiada MODAL BESAR ???

Kini,..bisnes kami adalah salah satu model perniagaan unik yg... menjadi rebutan bg INDIVIDU2 YG TELAH MENGIKUTI TAKLIMAT PERNIAGAAN YG TELAH KAMI ANJURKAN.

-MODAL YG RENDAH, hampir 95% kos ditanggung oleh syarikat spt SEWA KEDAI,KOS UBAH SUAI,PENYELENGGARAAN,BIL AIR & ELEKTRIK,TELEFON,INTERNET & BANYAK LG KEMUDAHAN YG DISEDIAKAN !!!

-Satu perniagaan yg boleh DIWARISI.

-Keistimewaan ini masih dibuka untuk 830 Outlet diseluruh Malaysia dari 1000 outlet yg ditawarkan.TAWARAN INI DIBUKA SELAGI KUOTA MASIH ADA.

-Tawaran ini terbuka kpd SELURUH RAKYAT MALAYSIA yg MAHU SERTA BENAR2 BERMINAT INGIN MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI.

ANDA YG TIDAK MAHU LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI BOLEH
HUBUNGI/SMS/WHATSAPP 019-6128293/014-5057117/jai020582@gmail.com

Monday 17 June 2013

PELUANG MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI DGN MODAL YG CUKUP RENDAH !!!

ALMOST EVERYTHINGS PROVIDED BY COMPANY..
Renovation/ubahsuai bernilai RM200K
Sewa kedai (no limit)
Stok bernilai RM800K
Maintanace and repair
Admin dan system
Uitlities spt elektrik dan air
Promosi dan pengiklanan
... Cctv - sekuriti
Mesin dan peralatan
Pegawai farmasi

DO PM ME!! Jai Aziz 019-6128293/0145057117/jai020582@gmail.com
Thanks!!

Friday 14 June 2013

INSANIAH DAN ROHANIAH DALAM DIRI PEKERJA

Bulan Rejab telah berlalu, kini kita berada di bulan Syaaban untuk menanti kehadiran bulan Ramadan. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Mudah-mudahan dengan cara ini kita dapat menghidupkan bulan Syaaban yang mulia ini yang seterusnya bersedia untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang akan menjelmakan diri tidak lama lagi.
Sesungguhnya matlamat utama Allah SWT menciptakan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Dalam pelbagai bentuk ibadah dan amal soleh termasuk tanggungjawab dan amanah untuk memakmurkan bumi ini mengikut acuan dan panduan yang telah digariskan oleh syarak. Allah SWT tidak memperoleh apa-apa faedah atau keuntungan daripada apa yang dilakukan oleh manusia melainkan semua kebaikan daripada amalan tersebut akan kembali untuk diri mereka sendiri. Perkara ini jelas dinyatakan dalam al-Quran surah adz-Zaariyat ayat 56-58:
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya.”

Ingatlah, agama Islam menuntut umatnya supaya bekerja dengan menjadikannya sebagai ibadah yang berpahala, atau dengan kata lain berkerja dengan rasa penuh tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah SWT. Islam melarang keras umatnya yang tidak bertanggungjawab, malas bekerja, menipu atau menyeleweng di dalam pekerjaannya. Namun persoalan besar timbul disini, adakah kerja yang kita lakukan selama ini bertepatan dengan syariat Islam iaitu sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, menyelesaikan tugasan dengan sebaik mungkin dan dalam masa yang sama menjauhkan diri daripada sebarang bentuk penipuan, pemalsuan, manipulasi, penyelewengan dan seumpamanya.
Pada dasarnya  setiap pekerjaan orang Islam mempunyai  dua sasaran utama: pertama: melaksanakan hak Allah SWT dan kedua: melaksanakan muamalah sesama manusia seperti dalam dalam bidang pertanian, kesihatan, kejiranan dan sebagainya. 
Bagaimanapun isu yang sering menjadi perbahasan hangat mengenai pekerja ialah kualiti insaniah dan rohaniah dalam usaha memberi perkhidmatan yang ikhlas dan berkualiti kepada para pelanggan. Persoalan besar timbul di sini apakah yang dimaksudkan dengan kualiti insaniah ini? Ia juga melibatkan keterampilan seorang pekerja, misalnya sejauhmana kita dapat bergaul dengan anggota masyarakat atau berinteraksi di dalam sesebuah organisasi, berkongsi pengetahuan dengan orang lain, melayani pelanggan, daya kepimpinan, kemampuan berunding serta keupayaan kerja dalam pelbagai situasi dan ragam.
Yakinlah bahawa agama Islam telah memberi peringatan kepada umatnya supaya sentiasa berbuat baik, cemerlang dan menjaga kualiti atau bersifat ihsan dalam melakukan setiap pekerjaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77:
Maksudnya: “ Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakkan”.


Sifat ihsan bermaksud kita melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk  mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin seolah-olah pekerjaan kita dilihat dan dipantau oleh Allah SWT. Sabda Rasullullah SAW ketika di tanya oleh Jibril tentang ihsan:
Maksudnya: “ Apakah  ihsan itu?, sesungguhnya kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu”. ( Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan dalil al-Quran, hadith dan pakar pengurusan, prinsip ihsan meliputi perkara berikut: pertama: Berakhlak mulia. Kedua: Kita perlu mempunyai keterampilan dan kemahiran  tinggi dalam sesuatu bidang tugas. Ketiga: Mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kecerdasan dalam menganalisis sesuatu maslahah dan peka dengan keperluan masyarakat semasa. Keempat: Mempunyai wawasan dan dapat membuat jangkaan tentang keperluan masa depan. Kelima: Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menghasilkan kecemerlangan sesuatu aktiviti.
Pekerja yang melaksanakan tugas mengikut bidang yang ditetapkan dengan penuh ihsan dijanjikan pahala yang besar daripada Allah Taala. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 112:
Maksudnya: “sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.


Selari dengan tuntutan ajaran Islam, Allah SWT telah menegur umat manusia supaya berani membuat perubahan positif dalam semua aspek kehidupan. Bekerja atas dasar ihsan untuk memenuhi hak Allah SWT dan keperluan manusia sejagat akan memperkasa jati diri dan meningkatkan harga diri pekerja. Seseorang akan takut melakukan perbuatan keji, tercela seperti melakukan kerosakan, penipuan, rasuah, mencuri tulang, ponteng kerja, dan perbuatan negatif yang lain. Jangan mendapatkan rezeki atau kekayaan dengan sebarangan, dengan jalan haram, dengan jalan penipuan, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.
Ingatlah, semua rezeki kekayaan yang didapati dengan cara haram apalagi dengan menganiaya pihak lain dengan merugikan orang lain adalah kekayaan yang tidak berkat. Kekayaan secara haram hakikatnya tidak membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan membawa kesengasaraan dan kecelakaan di dunia dan akhirat. Jiwa manusia, jiwa pekerja pada asalnya adalah sesuatu yang suci. Tetapi harta yang diperolehi secara tidak halal tidak mungkin dapat memberi kebaikan pada jiwa kita.
Sesungguhnya perbuatan biadab ini mencerminkan sikap kurang akhlak pengguna yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kekacauan kepada masa depan ummah di negara kita. Ingatlah bahawa seorang pekerja yang baik ianya tidak akan melakukan penghinaan dan pengkhianatan kepada pemimpin apatah lagi kepada Nabi SAW dan agama.

Ingatlah sebagai hamba Allah SWT, amat penting untuk kita menyedari dan memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata-mata kerana Allah SWT.  Usahlah  terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan anggaplah sebagai balasan daripada Allah SWT yang menghargai hamba-Nya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidup dalam menjunjung apa yang di perintahkan dan meninggalkan apa yang ditegah.
Inilah masanya semua pekerja mesti sedar bahawa pekerjaan kita adalah amanah dari Allah SWT yang pasti akan dipersoalkan di hari akhirat kelak. Ketaatan dan sikap amanah kepada majikan yang merupakan pemimpin dalam organisasi kita adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipandang remeh. Janganlah disebabkan perbezaan politik dan kepentingan peribadi, kita sanggup mengkhianati majikan dan amanah yang diberikan dengan mendedahkan maklumat sulit, membocorkan rahsia, memalsukan dokumen, memburukkan majikan hinggalah ke tahap berani menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Ingatlah bahawa mengkhianati amanah dalam pekerjaan kita adalah perbuatan munafik. Bayangkanlah, apakah kita sanggup memberi makan anak dan isteri kita hasil dari perbuatan khianat dan munafik yang telah kita lakukan?. Sudah pasti ianya akan mengundang kemurkaan dan musibah dari Allah SWT dan kesannya bukan hanya kepada diri kita malahan juga kepada anak dan isteri kita.
Oleh itu, marilah sama-sama kita memakmurkan bumi Allah SWT ini dengan rasa penuh kesyukuran dan rasa rendah diri kepada Allah SWT. 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)